Perak Hari Ini

UMNO Tak Ikhlas?

IPOH:DAP Perak turut tampil mengutuk tindakan Presiden Amerika Syarikat (AS),Donald Trump yang mengiktiraf Baitulmaqdis sebagai ibu negara Israel,semalam.

Pengerusinya, Nga Kor Ming berkata pihak Kerajaan perlu mempamerkan keikhlasan dengan memanggil Duta Amerika di Malaysia bagi memberi penjelasan berkaitan perkara tersebut.

“Sekiranya Kerajaan Barisan Nasional benar-benar ikhlas mereka perlu memanggil duta Amerika di Malaysia untuk memberi penjelasan dan bukannya hanya membuat sandiwara dan demonstrasi yang tidak memberi kesan.

“Ia adalah bidang kuasa diplomatik yang kita ada kerajaan harus memanggil duta bagi memberi penjelasan dan berhenti membantu memperkukuhkan ekonomi Amerika kerana ia satu perbuatan yang perlu dihentikan segera serta merugikan semua pihak bukan sahaja umat Islam,” katanya.

Jelasnya tindakan Presiden Amerika itu telah bercanggah dengan undang-undang antarabangsa dan menggesa semua pihak perlu ke meja rundingan mengikuti proses pendamaian seperti yang ditetapkan oleh Bangsa-Bangsa Bersatu.

Sementara itu, Pengarah Pilihan Raya Harapan Perak Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin menyifatkan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak tidak serius dalam usaha menentang kebiadapan Trump.

Katanya, menerusi perhimpunan Agong UMNO ,satu usul berkaitan perkara itu perlu dikemukakan bagi membuktikan tahap serius Perdana Menteri mengenai pengumuman itu.

“Mereka perlu membuktikan kesungguhan daripada himpunan agong UMNO yang beria-ia sangat menentang keceluparan Trump mereka perlu keluarkan usul, baru nampak serius malah boleh juga diadakan sidang parlimen khas bagi membincangkan isu tersebut,” katanya.

Beliau turut merayu kepada  Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang selaku ahli kepimpinan ulama sedunia untuk tampil menyeru pihak Pertubuhan Kerjasama Islam (OIC) supaya mengambil tindakan segera mengenainya.

Malah katanya, Najib juga perlu membatalkan semua urusan yang berkaitan dengan kepimpinan Trump dan ekonomi Amerika.

“Dia tidak menunjukan kesungguhan mereka menentang Trump, ini hanya mainan sahaja untuk guna politik tetapi kalau dia begitu serius dia gunakan sempena perhimpunan Agong UMNO keluarkan usul buktikan serius namun cuma kata-kata dan demonstrasi yang sudah biasa.

“Najib mahu membantu memperkukuhkan ekonomi Amerika sepatutnya dia batalkan apa yang dia mengaku dihadapan Trump jangan lagi pesan  pesawat Boeing dan pembelian infra dari negara itu itu mempamerkan kesungguhannya pada isu ini kerana Trump berlaku biadap terhadap perjuangan rakyat Palestin selama ini,” katanya.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");