Perak Hari Ini

UniKL Mimet Serah Bot Pertama Wakaf Perak Ar-Ridzuan

MANJUNG : Majlis Agama Islam Dan Adat Melayu Perak (MAIPk) hari ini telah menerima sebuah bot nelayan yang telah disiapkan menerusi usahasama UniKL Mimet, dekat sini.
Institusi pendidikan tersebut telah di bertanggungjawab bagi menyiapkan sebuah bot hasil daripada dana wakaf orang ramai kepada MAIPk di bawah program Wakaf  Perak Ar-Ridzuan, yang dilancarkan pada April tahun lalu.

Pengurus Besar Bahagian Pengurusan Dan Pembangunan Malaysia dan Wakaf MAIPK,  Suhaimi Yusoff berkata, bot tersebut akan diserahkan kepada Persatuan Nelayan Kawasan Manjung Selatan yang mana mereka akan menyewakan kepada ahli yang memerlukan.

“Hasil sewaan akan digunakan untuk penyelenggaraan bot dan sebahagian lagi akan dijadikan dana modal pusingan untuk membina bot wakaf yang baharu.

“Selain jumlah bot, kita juga bercadang untuk menambah jumlah bot untuk persatuan nelayan yang lain, di Perak ini,” jelasnya.

Katanya menerusi usaha sebegini dapat membantu umat Islam untuk lebih terus  berminat mewakafkan sebahagian  dari harta mereka setelah melihat sendiri ke mana hasil wakaf mereka disalurkan.

Beliau berkata demikian kepada media selepas selesai majlis penyerahan Bot Wakaf Ar-Ridzuan UniKL Mimet kepada MAIPk, di dataran Industri Teknologi Kejuruteraan Marin UniKL Mimet, dekat sini, pada Khamis.

Hadir sama, Timbalan Pengarah UniKL,  Profesor Datuk Dr Ahmad Zahir; Dekan UniKL Mimet, Assoc Profesor Zainorin Mohamad serta Yang Dipertua MAIPk,  Tan Seri Dr Wan Mohd Zahid Mohd Noordin.

Bot sulung yang dibina di bawah projek berkenaan mula disiapkan bermula September lalu, dengan tenaga kerja melibatkan 7 orang tenaga mahir serta 28 pelajar UniKL Mimet.

Terdahulu bot dibina dengan kos sekitar RM160 ribu, itu dilengkapi dengan kelajuan enjin 151 kuasa kuda serta 40 kuasa kuda bagi kelajuan enjin kecemasan.

Bot ini dikelaskan sebagai Bot Ikan Kelas B.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");