Membawang Hari Ini

Upiak Tak Tolak Jika Dijodohkan Dengan Orang Malaysia

KUALA LUMPUR: Meledak dengan lagu Tak Tun Tuang, penyanyi berasal dari Bukit Tinggi, Padang, Indonesia, Upiak Isil mengaku mula menerima lamaran jejaka termasuk individu yang pernah menolak cintanya.

Bagaimanapun, Upiak atau nama sebenarnya, Silvia Nanda memberitahu, sejak hidup sendirian selepas berpisah dengan bekas suami pada akhir 2015, dia hanya mahu membahagiakan keluarga terutama ibu.

“Saya dan bekas suami berkahwin pada 2013. Pada penghujung 2015, kami bercerai.

“Apa yang boleh saya katakan, sudah tiada lagi persefahaman antara kami. Disebabkan itu, saya dan bekas suami memutuskan untuk berpisah.

“Tiga hari saya menangis disebabkan perpisahan itu. Bekas suami saya pun sudah berkahwin lain,” katanya kepada BH Online.

Upiak berkata, buat masa ini, dia hanya mahu menumpukan perhatian kepada karier nyanyian biarpun mengaku mula dilamar jejaka.

“Saya mahu membahagiakan keluarga, terutama ibu.”Tidak dinafikan, ramai yang mahu melamar saya. Malah, mereka yang pernah menolak cinta saya dulu juga datang mencari saya semula.

“Ada yang menghantar mesej di laman sosial, tetapi saya abaikan saja. Kalau ada jodoh, saya teringin juga untuk ditemukan dengan lelaki dari Malaysia,” katanya yang memiliki pekerjaan tetap sebagai jururawat di sebuah hospital.

Berkongsi pengalamannya selepas Tak Tun Tuang menjadi tular dan popular, Upiak mengaku kehidupannya tidak lagi seperti dulu.

“Apabila saya keluar, ramai yang mahu mengambil gambar dengan saya. Saya juga banyak memenuhi undangan nyanyian.

“Selain Malaysia, saya turut menjelajah ke Thailand untuk tujuan promosi… Sambutannya memang menggalakkan.

“Paling ketara, dapat tidur di hotel mewah. Sebelum ini, saya pernah menginap di tempat sedemikian, tetapi tidaklah sekerap sekarang,” katanya.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");