Perak Hari Ini

Usaha Martabatkan Bahasa Melayu Melalui Peranan PBT

IPOH:Perwakilan Dewan Belia Perak, A.Arvend merangkap Jawatankuasa Hal Ehwal Agama, Modal Insan dan Integrasi Nasional mencadangkan agar penglibatan Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) perlu bagi menjadikan Bahasa Melayu sebagai jatidiri masyarakat berbilang kaum di negeri ini.

Jelasnya ketika sesi pembentangan usul bertajuk “Bahasa Melayu Kejatidirian Bangsa Malaysia: Memperkasakan Melalui PBT”  pada Persidangan pertama Mesyuarat Kedua Penggal Kedua Dewan Belia yang pertama Perak Darul Ridzuan hari ini.

Katanya, menjadi satu keperluan kepada pihak PBT untuk memperuntukkan penguatkuasaan Undang-Undang kecil iklan menetapkan pendirian yang sama.

“Semua iklan hendaklah dalam Bahasa Melayu sama ada Bahasa Melayu sahaja atau Bahasa Melayu dengan Bahasa lain.

“Sesiapa yang melanggar undang-undang kecil melakukan kesalahan dan apabila disabitkan mereka boleh dikenakan denda tidak melebihi RM2,000 atau dihukum penjara bagi tempoh tidak melebihi satu tahun atau kedua-duanya sekali,” katanya.

Jelasnya lagi, Garis panduan Perancangan Papan Iklan Luar dikeluarkan oleh Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) pada tahun 2009 wajib dipatuhi dan dipantau oleh PBT.

“Perkataan Bahasa Melayu hendaklah diutamakan dari segi saiz, warna dan kedudukan perkataan berbanding bahasa lain malah penggunaan Bahasa Melayu hendaklah dipastikan betul dan tepat dari segi susunan ayat, ejaan dan tatabahasa.

“Penggunaan bahasa hendaklah dirujuk dan mendapat pengesahan Dewan Bahasa Dan Pustaka (DBP).

“Semua iklan hendaklah dalam bahasa Melayu semata-mata atau tidak jika terdapat dwibahasa Bahasa Melayu mesti diutamakan,” katanya.

Katanya lagi, PBT harus mengambil tindakan undang-undang terhadap pihak yang melakukan modifikasi terhadap Bahasa Melayu sehingga menjadi ‘bahasa rojak’ sebagai wadah komersial golongan kapitalis.

Berikutan itu tegasnya, langkah pemerkasaan Bahasa Melayu sebagai bahasa Kebangsaan memerlukan kerjasama daripada pihak PBT dan DBP juga kepekaan orang awam.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");