Sukan Hari Ini

Vathanaka Sedia Untuk Bantu Tok Gajah

KUANTAN: Penyerang Kemboja, Chan Vathanaka mengakui sudah bersedia menyarung jersi Pahang bagi menghadapi saingan Liga Malaysia musim depan.

Pemain kelahiran Kampot itu memilih skuad Tok Gajah itu berikutan reputasi besar dimiliki mereka dalam sukan bola sepak di negara ini.

“Apabila Pahang menawarkan kontrak untuk menjadi sebahagian daripada pemain dalam Tok Gajah, saya terus bersetuju untuk membantu meraih kejayaan.

“Saya gembira menyertai Pahang dan sebagai pemain yang sudah berpengalaman beraksi bersama Kemboja, saya akan melakukan yang terbaik buat skuad ini,” katanya lapor Berita Harian.

Musim ini, Vathanaka yang menyarung jersi kelab Boeung Ket Angkor dari 2012 hingga 2017 sebelum dipinjamkan ke kelab Jepun, Fujieda MYFC dan dengan pengalaman selama lima tahun bersama kelab Kemboja, sudah pasti dimanfaatkannya untuk meledak lebih banyak gol.

Menurutnya, pengalaman bersama kelab Jepun itu juga dianggap cukup berharga dan memberi lebih motivasi dalam kerjayanya sebagai pemain profesional.

“Sebenarnya, saya mendapat dua tawaran dari sebuah kelab dalam Liga Thailand dan Liga Portugal tetapi memilih Pahang.

“Dengan pilihan ini saya harap ia bukan saja meningkatkan kualiti permainan malah memberi lebih keyakinan dalam mencipta kejayaan seperti yang dipersembahkan di Kemboja,” katanya.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");