Sukan Hari Ini

Veenod Sasar Gelaran Bersama TRW

KOTA BHARU: Pemain tengah Kelantan, S Veenod atau lebih dikenali ‘Pogba Malaysia’ optimis The Red Warriors (TRW) dapat merebut sekurang-kurangnya satu trofi dalam saingan Liga Malaysia (Liga-M) musim depan.

Pemain berumur 29 tahun itu berkata, kehadirannya dengan membawa misi dan aura baharu diharap dapat membantu TRW merebut kembali Piala FA, selain menjadi empat pasukan terbaik dalam saingan Liga Super.

“Saya harap peluang bersama TRW musim 2018 akan membantu mengembalikan semula motivasi dan komitmen tinggi terutama kehadiran ramai pemain muda dalam skuad utama.

“Namun saya akui dengan barisan pemain muda yang ada dalam skuad ini, sudah pasti saya perlu bersaing bagi meyakinkan jurulatih,” katanya yang menyarung jersi Selangor selama enam musim sejak 2012.

Bekas pemain Selangor itu berkata, tempoh kontrak selama dua tahun setengah bersama TRW diharap membantu memperkasakan kembali skuad berkenaan.

Pemain kelahiran Nibong Tebal, Pulau Pinang itu berterima kasih di atas kepercayaan diberikan Persatuan Bolasepak Kelantan (KAFA) terhadap kemampuannya.

“Oleh itu saya harap sokongan padu daripada rakan termasuk pemain berpengalaman, Mohd Badhri Radzi dan Khairul Fahmi Che Mat akan membantu terutama dari segi mempertingkatkan tahap keserasian.

“Pengalaman yang ada bersama Selangor sebelum ini diharap dapat memberi lebih keyakinan kerana TRW diketahui mempunyai rekod cemerlang dalam Liga Malaysia.

“Saya tidak menyesal menolak tawaran tiga pasukan lain untuk menyarung jersi TRW yang juga turut tertarik dan teruja dengan sokongan padu peminat di negeri ini,” katanya.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");