Jenayah

Wanita Curi, Telan Cincin Ditahan

ISKANDAR PUTERI: Seorang wanita ditahan kerana dipercayai mencuri sebentuk cincin berlian di sebuah kedai emas dalam pusat beli-belah di Taman Bukit Indah di sini semalam.

Dalam kejadian kira-kira pukul 3.30 petang itu, wanita berusia 43 tahun itu datang bersama-sama seorang anak lelakinya untuk melihat barang perhiasan di premis berkenaan.

Ketua Polis Daerah Iskandar Puteri, Asisten Komisioner Noor Hashim Mohamad berkata, suspek kemudian memilih serta melihat barang perhiasan yang dipamerkan daripada jurujual.

Pada mulanya tidak ada apa-tapa tetapi kemudian meminta air teh untuk minum dan selepas itu, mangsa (jurujual) menyedari sebentuk cincin hilang.

“Suspek pada mulanya tidak mengaku ada mencuri cincin berkenaan selepas pengurus kedai emas itu mendapati ia hilang, namun selepas semakan rakaman kamera litar tertutup (CCTV) dibuat mendapati wanita itu menelannya,” katanya menerusi laporan Utusan Online.

Katanya, suspek yang tidak bekerja kemudian ditahan dan kedai emas itu mengalami kerugian bernilai RM20,399 akibat perbuatan wanita tersebut

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");