Perak Hari Ini

Warga Emas Hidup Susah, Makan Sup Kentang Sahaja

IPOH:Seorang warga emas berusia 68 tahun yang hidup berseorangan dan serba kekurangan mendapat perhatian MCA Ipoh Barat apabila dia menerima kunjungan dan bantuan makanan hari ini.

Ketua Pemuda MCA Ipoh Barat Aldrich Low Guo Nan berkata Lee Chin Lan atau lebih mesra dipanggil Ah Mooi duduk berseorangan di Taman Sri Kurau Bercham hampir 20 tahun setelah ditinggalkan oleh suaminya.

Tambah menyedihkan, rumah didiami kini dipenuhi dengan pelbagai barangan terpakai hingga menyukarkannya untuk tinggal di dalam rumah manakala anak perempuan tunggalnya kini sedang menerima rawatan di Hospital Bahagia Ulu Kinta sejak setahun yang lalu.

Bercerita lanjut, jelas Low Gou wanita tersebut hanya bergantung harap kepada hasil jualan barangan kitar semula yang menjadi mata pencariannya lebih sehingga kini.

“Ah Mooi akan mengumpul barangan terpakai dan rakannya akan datang ke rumah bagi mengambil barangan itu untuk dijualkan dan hasil jualan dia akan memperolehi RM5 hingga RM10 sahaja setiap hari.

“Saya bimbang atas kesihatan mak cik Ah Mooi apabila mendapat tahu bahawa dia hanya minum sup kentang setiap hari dua kali sehari sebagai sarapannya selama ini kerana tiada duit untuk membeli beras,” katanya ketika ditemui di rumah Ah Mooi di sini hari ini.

Berikutan itu katanya, satu perjumpaan bersama Pengerusi MCA cawangan Taman Sri Bercham Choong Chee Hin diadakan serta pihaknya turut menyampaikan maklumat mengenai wanita tersebut kepada Jabatan Kebajikan Daerah Kinta untuk tindakan selanjutnya.

Turut hadir ke kediaman Ah Mooi, pegawai dari Jabatan Kesihatan Daerah Kinta dan beberapa orang pemimpin MCA serta Ahli Jawatankuasa Perwakilan Penduduk untuk mendapatkan maklumat serta menyampaikan sumbangan.

“Masyarakat yang bermurah hati dan sudi membantu boleh kunjungi rumah makcik Ah Mooi untuk derma barangan atau derma duit untuk kehidupan hariannya dengan terus masuk dalam akaun bank dia Hong Leong Bank 231-50-04136-3,” katanya.

Katanya lagi, pihak MCA Ipoh Barat juga akan menghatar maklumat Ah Mooi kepada badan kebajikan di Bercham untuk mohon bantuan supaya keperluan Ah Mooi diberikan perhatian.

“Kita juga meminta agar pihak sukarelawan yang berhampiran termasuk menolong warga emas ini membersihkan kediamannya yang dipenuhi dengan sampah sarap,” katanya.

Ah Mooi turut berkongsi hasrat ingin menjaga sendiri anaknya itu bagaimanapun kehidupan yang susah membataskan dirinya untuk berbuat demikian.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");