Isu Panas

Yakin Menang Majoriti

KUALA LUMPUR: Datuk Seri Najib Razak berkata UMNO dan Barisan Nasional (BN) yakin boleh menang dengan majoriti dua pertiga pada Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14).

Perdana Menteri berkata, keyakinan itu berdasarkan momentum yang ditunjukkan rakyat kepada parti.

Selain itu, katanya, keyakinan itu juga kerana BN mempunyai agenda jauh lebih baik daripada pembangkang.

“Agenda, dasar dan manifesto pembangkang tidak konsisten, malah ada pelbagai isu serius tidak dapat mereka tangani. Kita sudah buat persiapan rapi kali ini,” katanya pada sidang media selepas penangguhan Perhimpunan Agung UMNO 2017 di Pusat Dagangan Dunia Putra di sini sebentar tadi.

Najib berkata, BN sudah membuktikan kemampuan melaksanakan agenda untuk rakyat dan akan melakukan lebih banyak pada masa depan.

“Perhimpunan kali ini memberi mesej jelas bahawa parti ini bukan hanya untuk orang Melayu tetapi perjuangkan kepentingan rakyat Malaysia,” katanya yang berpuas hati dengan perhimpunan itu.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");