Berita Hari Ini

10 Aspirasi TN50 Dikenal Pasti: Khairy

KUALA LUMPUR: Kementerian Belia dan Sukan telah mengenalpasti 10 Aspirasi menerusi dialog Tranformasi Nasional 2050 (TN50) sejak ia diperkenal pada Januari lalu.

Menteri Belia dan Sukan, Khairy Jamaluddin berkata, 10 Aspirasi itu akan dilancarkan dalam tempoh antara dua ke tiga minggu akan datang.

“Sebenarnya ada banyak tapi kami hendak pastikan semua aspirasi betul-betul spesifik menerusi syarikat-syarikat yang bersedia ingin ke depan.

“Hari ini kita fokus kepada persekitaran atas talian dan melihat masalah-masalahnya pada masa akan datang antaranya pembuli siber dan mangsa seksual.

“Selepas ini ada lagi program seperti ini. Kita melihat ia satu contoh penglibatan syarikat berkaitan kerajaan (GLC) yang turut sama menyumbang untuk kita menjayakan TN50,” katanya, menerusi laporan MalaysiaGazette.

Beliau berkata demikian dalam sidang media selepas Program Kesedaran Keselamatan Atas Talian Celcom Mendukung Aspirasi TN50 di sini hari ini.

Khairy sebelum ini dilapaorkan berkata, kerajaan telah berjaya mendekati lebih 1.5 juta belia di seluruh negara menerusi dialog Tranformasi Nasional 2050 (TN50) sejak ia diperkenal Januari lalu.

Dalam masa yang sama, kira-kira 60,000 aspirasi golongan muda dalam pelbagai bidang telah turut dikumpulkan melalui berbagai-bagai saluran termasuk secara bersemuka menerusi dialog dan secara dalam talian.

Sementara itu, laporan aspirasi belia TN50 akan dibentangkan pada bulan ini dan perancangan rasmi kerajaan iaitu Dasar TN50 pula akan diumumkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak pada 16 September depan bersempena Hari Malaysia.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");