Perak Hari Ini

150 Pelajar Dari Guangzhou China Belajar Budaya, Kenali Tempat Menarik Di Perak

IPOH:Seramai 150 dan tujuh guru daripada Guangzhou China menyertai lawatan sambil belajar selama lima hari empat malam di negeri Perak baru-baru ini.

Menurut Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan, Kesenian, Kebudayaan, Komunikasi dan Multimedia Perak, Datuk Nolee Ashilin Mohammed Radzi lawatan tersebut merupakan penganjuran kali ketiga berkaitan dengan pelancongan pendidikan di negeri ini

“Lawatan sebegini bukan kali pertama untuk pelajar yang datang daripada Guangzhou cuma kali ini kelainannya lawatan mereka kesemuanya di lokasi pelancong Negeri Perak

“Lawatan pertama dan kedua hanya dua hari satu malam tetapi bagi lawatan kali ini selama lima hari empat malam di Perak,” katanya kepada media selepas beramah mesra dengan kesemua deligasi daripada Guangzhou di Lost World Of Tambun hari ini.

Beliau terdahulu turut serta bersama-sama pelajar tersebut menarikan tarian tradisional dan menyampaikan ucapan ringkas pada sesi ramah mesra tersebut.

Katanya lawatan yang bertemakan konservasi alam sekitar adalah cukup bersesuaian dengan produk pelancongan yang terdapat di Perak iaitu ekopelancongan.

“Kita harapkan ia bukanlah kali terakhir kunjungan ini diadakan dan diharapkan juga GIT Tours & Travels ini boleh membawa mereka dalam program yang sama dalam usaha memperkenalkan Perak sebagai hub pendidikan iaitu terdiri melibatkan kehadiran pelajar yang melancong ke negeri ini,” katanya.

Jelasnya lagi,kehadiran pelancongan daripada Guangzhou adalah antara sasaran negeri ini berikutan kebudayaan dan jenis makanan yang hampir sama dengan budaya di negeri ini.

Pada sesi lawatan sambil belajar itu, kesemua pelajar dibawa ke beberapa lokasi menarik di Perak iaitu Pulau Pangkor, Kuala Sepetang di Taiping dan aktiviti mendaki untuk melihat sendiri bunga Reflesia di Gopeng.

Jelas Nolee lagi, Perak memiliki kekuatan dalam Eko-pelancongan yang tersendiri malah yang lebih penting adalah berkaitan dengan keselamatan dan keselesaan untuk melancong di negeri ini selain kemudahan jalan raya serta pengangkutan yang baik.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");