Jenayah

2 Ditahan Minta Rasuah Baju Harley Davidson

LANGKAWI: Padah memohon suapan untuk memudahkan urusan di Pejabat Daerah dan Tanah Langkawi, dua penjawat awam ditahan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) semalam.

Kedua-dua suspek lelaki masing-masing berusia 30 dan 31 tahun itu ditahan SPRM di sebuah restoran di sini pada jam 2.28 petang semalam.

Berdasarkan maklumat, kedua-dua mereka yang yang masing-masing bertugas sebagai Pembantu Operasi dan Penolong Pegawai Undang-Undang di sebuah agensi kerajaan di sini, ditahan selepas meminta dua baju T berjenama Harley Davidson bernilai hampir RM500 daripada seorang awam, sebagai habuan melancarkan proses urusan permohonan tanah di Pejabat Daerah dan Tanah Langkawi.

SPRM Kedah dalam kenyataan di sini, hari ini mengesahkan penahanan kedua-dua penjawat awam itu untuk membantu siasatan mengikut Seksyen 17 (a) Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah (SPRM) 2009.

Jika sabit kesalahan, kedua-dua mereka boleh dipenjara maksimum 20 tahun, denda lima kali ganda nilai suapan atau RM10,000 atau mana-mana lebih tinggi.

Sementara itu, kedua-dua suspek dibawa ke Mahkamah Majistret Langkawi pagi tadi sebelum Majistret Nurshahida Abdul Rahim, membenarkan mereka direman selama enam hari bermula semalam lapor Berita Harian.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");