Perak Hari Ini

2 Kontraktor Didakwa Ditipu Sub Kontraktor

IPOH: Dua orang kontraktor mendakwa telah ditipu oleh seorang sub kontraktor apabila mereka tidak mendapat bayaran penuh sebagaimana yang dijanjikan.

Yu Fur Wan, 41, berkata dia telah menerima tawaran bagi melakukan kerja-kerja pemasangan jubin kepada sebuah projek pembinaan kondominium mewah berhampiran dengan Taman Rekreasi Sultan Abdul Aziz, di sini, pada Ogos 2015.

Katanya, dia telah dijanjikan dengan bayaran sebanyak RM 170,000 namun menjelang Disember 2015, sub kontraktor yang hanya dikenali sebagai ‘Kent’, didakwa gagal melunaskan baki bayaran sebanyak RM140,000 kepadanya.

Dia akhirnya cuba mendapatkan Kent bagi meminta penjelasan berkenaan masalah tersebut.

Fur Wan kemudianya mendakwa menerima ugutan pukul dan cedera daripada sub kontraktor berkenaan.

Dia kemudiannya berjumpa dengan pihak pemaju dan mendapati pemaju telah pun membuat bayaran penuh kepada Kent.

Akibat rasa ditipu, Fur Wan kemudiannya menarik diri daripada menyiapkan kerja-kerja di kondominium mewah berkenaan pada Ogos 2015.

Kent kemudian didakwa mendapatkan kontraktor baharu bagi meneruskan projek berkenaan.

 

Wong Pak Cheong, 52 yang memulakan kerja-kerja yang sama pada Oktober 2015 sehingga Februari 2017 turut menghadapi masalah yang sama.

Dia mendakwa Kent  berhutang dengannya sebanyak RM 95,000.

Kerana terpaksa menanggung hutang gaji bagi pekerja masing-masing, mereka berdua akhirnya terpaksa meminjam wang kepada ahli keluarga masing-masing, mencecah puluhan ribu ringgit.

Fur Wan yang mempunyai 56 pekerja kini sedang menjual rumahnya bagi menampung bebanan hutang gaji sebanyak RM40,000.

Dia kemudianya membuat laporan polis di Balai Polis Sungai Senam pada 9 Januari 2018, diikuti dengan Pak Cheong, pada 24 Januari 2018, di balai yang sama.

Sementara itu, Ketua Pemuda MCA Ipoh Barat Aldrich Low Guo Nan yang ditemui bersama-sama mereka di Wisma MCA Perak, dekat sini pada Jumaat berkata sub kontraktor tersebut masih lagi berada di Ipoh, dan bekerja seperti biasa.

“Saya dapat menelefonya tadi dan dia mengakui memang ada berhutang dengan mereka berdua namun, dia menafikan jumlah berkenaan serta dakwaan-dakwaan lain.

“Dia enggan mengulas lanjut tentang perkara ini dan berpendapat mahu perkara ini diselesaikan mengikut lunas undang-undang,” jelasnya kepada pihak media, dekat sini hari ini.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");