Jenayah

7 Pelajar Bergaduh Diserah Kepada Polis

SANDAKAN: Tujuh pelajar lelaki yang terbabit dalam pergaduhan di dataran Piazza Harbour Mall, di sini, diserahkan kepada polis untuk membantu siasatan.

Semua pelajar daripada dua sekolah berumur antara 15 hingga 17 tahun itu, diserahkan pihak sekolah kepada polis, kira-kira jam 11 pagi tadi.

Ketua Polis Daerah Sandakan, Asisten Komisioner Mohd Azhar Hamin, berkata siasatan mendapati pergaduhan berlaku pada Jumaat lalu berpunca daripada perbuatan mengejek selepas seorang pelajar memuat naik gambar seorang pelajar lain dalam aplikasi WeChat.

“Semua pelajar diserahkan oleh pihak sekolah kepada polis bagi membantu siasatan berhubung pergaduhan yang berlaku.

“Mereka dibebaskan dengan jaminan polis selepas keterangan dan rakaman percakapan mereka diambil,” katanya, menerusi laporan BH Online, hari ini.

Video mengenai pergaduhan sekumpulan remaja dan pelajar sekolah menengah di kawasan dataran Harbour Mall viral sejak semalam dalam laman sosial Facebook.

Susulan video berdurasi 52 saat itu, polis mengesan tujuh pelajar daripada dua sekolah untuk siasatan lanjut mengikut Seksyen 147 Kanun Keseksaan.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");