Membawang Hari Ini

Abang Nak Tegur Masuk Senarai Pencalonan Awal Muzik-Muzik

LAGU Abang Nak Tegur nyanyian pengasas komestik Datuk Seri Aliff Syukri difahamkan tersenarai dalam pencalonan awal program popular Muzik-Muzik.

Perkara ini didedahkan sendiri oleh jutawan ini dalam temu bual live di FB Sinar Harian memetik sumber agensi tersebut.

“Saya baru dapat tahu yang lagu ini dapat pencalonan baru Muzik-Muzik. Harapan moga-moga dapatlah ke AJL (Anugerah Juara Lagu) pula.

“Alhamdulilah, lagu Abang Nak Tegur setakat ini apabila dicampur-campur kesemuanya sudah mencapai 13 juta tontonan.

“Walaupun ada yang tak suka, tapi lagu ini dah trending,” jelas Aliff gembira.

Dalam pada itu, ditanya kemampuannya untuk menyanyikan lagu tersebut secara live nanti, Aliff ada jawapannya sendiri.

“Betul saya yang menyanyi sendiri. Saya pun tak ada istilah nak buktikan apa-apa sebab saya tahu saya bukan penyanyi.

“Saya cuma nak cuba bidang baru. Saya nak nak jadi bukan sahaja boleh jual jamu tetapi saya boleh jadi penghibur.

“Alhamdulilah, setakat ini memang banyak show saya yang masuk. Terima kasih KRU,” katanya lagi.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");