Perak Hari Ini

Acara Larian Berhalangan 10KM, Sambil Pakai Lipstick, Pomade

IPOH: Gua Tempurung Lipstick Challenge kembali lagi untuk tahun ini dengan menampilkan satu acara khusus untuk peserta lelaki, yang dinamakan ‘acara pomade’.

Gua Tempurung Lipstick VS Pomade Challange 2018 yang memasuki kali ketiga penganjuran ini mensasarkan 650 penyertaan daripada seluruh tanah air.

Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan,Kesenian, Kebudayaan, Komunikasi dan Multimedia, Datuk Nolee Ashilin Mohammed Radzi berkata ia terbuka kepada peserta berumur 13 tahun sehinga 45 tahun.

Katanya, bagi kategori wanita dan lelaki veteran, ia boleh disertai peserta yang berumur bermula daripada 45 tahun dan ke atas.

RM700 menjadi taruhan utama kepada juara kategori terbuka dan RM500 bagi kategori veteran.

“Acara akan bermula pada Jumaat (26 Januari ini) sehingga ahad (28 Januari ini).

“Pada Jumaat merupakan sesi pendaftaran dan pengambilan kit perlumbaan (race kit) dan acara pertama, iaitu Acara Pomade bakal berlansung pada sabtu.

“Manakala bagi Acara Lipstick, akan dianjurkan pada Ahad,” jelas Nolee.

Selain itu, katanya, acara ini juga antara lain mahu meningkatkan promosi pelancongan terhadap kawasan Gua Tempurung dan sekitarnya.

Beliau berkata demikan kepada media dalam satu sidang media di Bangunan Perak Darul Ridzuan, dekat sini, pada Isnin.

Turut hadir, Pengerusi Persatuan Informasi Pelancongan Dan Kesihatan Negeri, Noradidah Mokhtar.

Gua Tempurung Lipstick VS Pomade Challenge 2018 ini merupakan anjuran persatuan tersebut dengan kerjasama Tourism Perak Management Bhd, RAT Advanture Consultant dan APT Consortium Sdn Bhd, serta disokong kerajaan negeri.

Difahamkan, sebagaimana siri acara sebelum ini, para peserta pada kali ini harus memastikan gincu (bagi peserta wanita) dan perapi rambut ‘pomade’ (bagi peserta lelaki) harus kekal pada rambut atau bibir masing-masing di sepanjang acara berlangsung.

Acara larian sepanjang 10 kilometer ini akan menduga para peserta dengan lapan jenis halangan antaranya, ‘tire hill’, ‘commando crawl’, ‘river crossing’, ‘spider maze’, ‘hill sliding’, ‘off road running’, ‘tire loop run, dan ‘balancing’.

Untuk maklumat lanjut, orang ramai boleh melayari laman sosial Facebook dengan kata carian ‘Lipstick VS Pomade Challenge 2018’.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");