Perak Hari Ini

Adun Titi Serong Tak Faham Bahasa

MANJUNG:Menteri Besar, Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir membidas kenyataan Adun Titi Serong, Abu Bakar Hussain yang meminta beliau untuk tidak mempersendakan rakyat negeri ini dengan pelbagai janji dan alasan berkenaan status pembinaan tiga hospital di Perak termasuk Hospital Kerian yang masih gagal dilaksanakan.

Jelas Zambry, sudah berkali-kali beliau memberi penerangan kepada Adun Titi Serong berkaitan projek pembinaan hospital tersebut namun isu itu tetap dimainkan oleh pihaknya.

“Mereka mengganggap apabila hari ini janji esok kena siap dan akhirnya dimainkan.Tentunya kerajaan mempunyai perancangan pengiraan kemudian akan keperluan mengambil kira padangan pihak hospital yang sedang dijalankan,” katanya mengulas dakwaan tersebut hari ini.

Kata Zambry, penjelasan telah diberikan kepada Adun Titi Serong itu mengenai struktur tanah sawah yang dijadikan tapak pembinaan hospital akan mengambil masa untuk memampatkan struktur tanah tersebut.

“Kalau dia lebih arif, lebih maklum saya syorkan kepada pihak JKR lantik dia sebagai ketua jurutera lah.

“Saya dah jelaskan padanya tetapi kata saya mempersendakan rakyat seolah-olah dia lebih tahu daripada kerajaan serta lebih maklum dan mahir dalam hal kejuruteraan jadi kalau begitu saya akan syorkan pada pihak berkuasa lantik beliau sebagai ketua jurutera untuk pantau pembinaan hospital,” katanya dalam nada gurauan.

Tegas Zambry, kerajaan akan melaksanakannya dan kini melibatkan pembinan fasa pertama serta pembukaan tender pada Mac ini.

“Jika dia ingin mengunakan isu itu terpulang padanya namun tugas kerajaan untuk terus melaksanakannya dan saya telah jelaskan pada beliau,” katanya dalam satu sidang media hari ini.

Katanya lagi,pembinaan Hospital Kerian merupakan satu projek yang telah diumumkan kerajaan tetapi telah dimainkan oleh pihak tertentu untuk menimbulkan kemarahan di kalangan rakyat.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");