Berita Hari Ini

Ahli Politik Parti Anti-Islam Jerman Ucap Syahadah

SEORANG ahli politik sayap kanan Jerman Alternative für Deutschland (AfD) yang dilihat anti-Islam memeluk agama itu serta meninggalkan parti, menurut jurucakap.

Menerusi laporan MalaysiaKini, Arthur Wagner mengesahkan beliau memeluk Islam dan meninggalkan AfD pada 11 Januari lalu tetapi enggan mengulas sebabnya.

“Ini hal peribadi,” beliau dipetik sebagai berkata.

Jurucakap parti bagaimanapun berkata tiada desakan dibuat supaya Wagner keluar parti dan mereka tiada masalah dengan keputusan itu.

The Guardian melaporkan AfD turut menjadikan slogan anti-Islam dalam pilihan raya September lalu, seperti “Islam tiada tempat di Jerman” dan “tentang Pengislaman Jerman”.

Arthur dipercayai anggota pertama AfD yang memeluk Islam walaupun jurucakap parti berkata terdapat orang Islam menganggotai parti mereka.

AfD pertama kali menyertai parlimen Jerman dalam pilihan raya lalu sebagai parti ketiga terbesar.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");