Perak Hari Ini

ALPH Rai Bayi 1 Januari

TAIPING: Tanggal 1 Januari 2018, Hospital Taiping, dekat sini telah menyambut lima kelahiran tiga bayi lelaki dan dua perempuan.

Pada kesempatan itu, Ahli Lembaga Pelawat Hospital (ALPH) Hospital Taiping, yang diketuai Pengarahnya, Mohd Wazir Khalid hadir melawat dan menyampaikan sumbangan berupa barang kelengkapan kepada para ibu.

Mereka adalah Siti Zubaidah Ramli (ibu kepada seorang bayi lelaki), Nur Adila Ismail (ibu kepada seorang bayi perempuan), Siti Khatijah Balqis (ibu keapda seorang bayi lelaki), Intan Fashida Laily (ibu kepada bayi perempuan)dan Norlizawati Mohd Ali (ibu kepada bayi lelaki).

 

Siti Zubaidah dilaporkan melahirkan anaknya seberat 3.15 kilogram itu di dalam kereta, di perkarangan Hospital ini, pada jam 6.16 pagi.

Rata-rata mereka yang ditemui memberi respons yang baik terhadap kunjugan ALPH Taiping.

Pada perkembangan sama Mohd Wazir berkata inisiatif yang memasuki tahun kesembilan ini merupakan salah satu program tahunan lembaga tersebut.

 

Selain tahun baharu, katanya, mereka juga turut melawat dan menyambut kelahiran bayi pada sambutab Hari Malaysia, Hari Kebangsaan dan musim-musim perayaan seperti Tahun Baru Cina.

Program pada hari ini akan diteruskan sehingga jam 12 tengah malam ini.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");