Membawang Hari Ini

Anak Penyanyi Maulana Kena Jangkitan Kuman Paru-Paru

ANAK sulung penyanyi, Maulana iaitu Aqsa Mainakha terpaksa dikejarkan ke hospital kerana mengalami jangkitan kuman di paru-paru.

Kini, bayi berusia tujuh bulan itu sedang dirawat di Hospital Kajang, sejak semalam.

“Sejak dua hari lalu, anak saya batuk berkahak dan berhingus. Malah, nafasnya juga laju.

“Awalnya, saya hanya ke klinik kesihatan, tapi mereka menggesa saya agar membawanya ke hospital.

“Hasil pemeriksaan darah dan imbasan X-ray, doktor sahkan ada jangkitan kuman di paru-paru,” katanya memetik laporan Sinar Harian.

Bagaimanapun, selebriti berusia 30 tahun ini bersyukur apabila keadaan anaknya itu stabil cuma masih memerlukan perhatian doktor.

“Sebelum ini, dia memang ada history penyakit yang sama ketika usianya 4 bulan.

“Alhamdulillah, kali ini keadaanya tak terlalu teruk. Malah, baby juga aktif cuma nafasnya agak laju,” katanya.

Aqsa Mainakha merupakan anak hasil perkongsian hidup Maulana dengan gadis Indonesia, Ajeng Leony Agnesia, 26, yang dinikahinya pada 30 Julai 2016.

Pasangan ini juga mempunyai seorang anak angkat iaitu Adam Mikail yang kini berusia tiga tahun.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");