Perak Hari Ini

Anggota, Pegawai Polis Terlibat Kes Samun Akan Ditukar

IPOH: Seorang pegawai dan dua anggota polis yang dipercayai terlibat dengan kegiatan samun di Kampung Rapat bulan lalu akan ditukar kerja ke jabatan daerah lain.

Ketua Polis Perak, Datuk Hasnan Hassan berkata pihaknya sudah dimaklumkan dan pihak Bukit Aman juga sudah mengeluarkan arahan pertukaran tersebut.

Tanpa menyatakan tarikh secara tepat, beliau berkata mereka tidak akan dibuang tugas sehingga siasatan dan perbicaraan mahkamah selesai.

“Mereka sekarang ini bebas dengan jamin namun akan ditukar pada bila-bila masa sahaja.

“Kertas siastan pula akan kita edarkan kepada Timbalan Pendakwa Raya untuk tindakan lanjut,”  katanya.

Tambahnya, ketiga-tiga mereka akan bertugas dibahagian pentabiran yang mana tidak melibatkan sebarang komunikasi dengan orang awam.

Selain itu, Hasnan menegaskan pihak polis tidak akan berkompromi dengan mana-mana anggotanya yang terlibat dengan sebarang aktiviti jenayah.

“Kita tidak boleh terima anggota yang sebegini dalam pasukan kita,” tegasnya.

Beliau berkata demikian kepada media selepas merasmikan Majlis Serah Terima Tugas di Mess Pegawai Kanan Kontinjen Perak, dekat sini, pada jumaat.

Pada Disember lalu, media tempatan melaporkan penahanan empat lelaki termasuk tiga orang anggota dan pegawai polis, selepas dipercayai terlibat dengan kegiatan samun di sebuah rumah di Kampung Rapat, dekat sini, pada awal pagi sebelumnya.

Jumlah kerugian melibatkan wang sejumlah RM12,300.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");