Sukan Hari Ini

Aplikasi ‘Fanskick’: Tak Perlu Lagi Beratur Panjang Beli Tiket Bola

JOHOR BAHRU: Kini, dengan adanya aplikasi pintar ‘Fanskick’ yang diperkenalkan Fanskick Dot Com Sdn Bhd, peminat bola sepak tempatan tidak perlu lagi beratur panjang untuk membeli tiket perlawanan.

Melalui aplikasi Fanskick, pengguna boleh membuat pembelian tiket perlawanan bola sepak secara dalam talian dan hanya perlu mengimbas kod QR mereka di pintu masuk stadium menggunakan telefon pintar mereka pada hari perlawanan.

Ketua Pegawai Eksekutifnya Farouk Mustaffa berkata aplikasi telefon pintar yang julung kali diperkenalkan itu menjanjikan perkhidmatan dan hiburan yang lengkap serta mampu merapatkan jurang antara pemain dan penyokong bola sepak tempatan, menerusi teknologi.

“Kita menyasarkan satu juta peminat bola sepak akan memuat turun aplikasi tersebut pada tahun ini menerusi Google Play (untuk platform Android) atau Apps Store (menerusi platform iOS),” katanya.

Majlis disempunakan Presiden Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) Tunku Mahkota Johor Tunku Ismail Sultan Ibrahim di Pusat Konvensyen Antarabangsa Persada, di sini, malam tadi lapor Bernama.

Farouk berharap teknologi masa kini menerusi plikasi yang ditawarkan secara percuma selama setahun itu akan menjadi motivasi tambahan kepada pemain dalam usaha mengembalikan kegemilangan industri bola sepak tanahair.

Beliau berkata Fanskick juga menawarkan berita terkini menerusi pasukan editorialnya mengenai isu semasa dunia bola sepak tempatan, maklumat terkini mengenai statistik serta jadual permainan setiap pemain dan pasukan.

Aplikasi yang mendapat pengiktirafan rasmi FAM dan Kerjasama Liabiliti Bola Sepak Malaysia Bhd (FMLLP) itu turut menyediakan elemen ‘Buddy System’ serta ‘Live Chat’ bagi mendekatkan jurang antara peminat dan pemain.

Selain itu, pengguna juga akan dapat menikmati perlawanan bola sepak yang tidak disiarkan menerusi arus perdana secara langsung, katanya.

Beliau berkata antara lain pengguna turut berpeluang ‘menguruskan’ kelab kegemaran mereka menerusi elemen FK Manager, iaitu simulasi pengurusan bola sepak, namun setiap pembelian tambahan akan dikenakan caj.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");