Berita Hari Ini

Arab Saudi Benarkan Wanita Tonton Perlawanan Bola Sepak

JEDDAH: Arab Saudi buat pertama kalinya membenarkan golongan wanita menonton perlawanan bola sepak, sebahagian langkah mengurangkan pemisahan gender oleh pemerintah konservatif Islam di negara itu.

Peminat bola sepak wanita menyerbu stadium di Jeddah pada Jumaat, menerusi pintu masuk yang dikhususkan untuk keluarga.

Biarpun tempat duduk mereka dipisahkan mengikut jantina, kehadiran peminat wanita menandakan detik signifikan buat negara itu.

Petugas wanita mengucapkan selamat datang kepada penonton wanita dan keluarga mereka, yang bersorak menyokong pasukan mereka.

Petugas dan penonton wanita memakai jubah hitam tradisi.

Kebenaran ini adalah susulan beberapa siri reformasi undang-undang bagi memodenkan Arab Saudi.

Terdahulu pada Jumaat, sebelum perlawanan bola sepak berlangsung, satu lagi tanda perubahan berlaku, melibatkan pembukaan galeri kereta pameran pertama yang dikhususkan untuk wanita.

Buat pertama kalinya, wanita kini dibenarkan memandu, selepas larangan itu dibatalkan September lalu memetik sumbet agensi dari Astro Awani.

Bermula Jun depan, pemandu wanita bakal memenuhi jalan raya di Arab Saudi.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");