Sukan Hari Ini

Atur Perlawanan: LBR Sedia Beri Kerjasama

PETALING JAYA: Liga Bola Sepak Rakyat (LBR) sedia bekerjasama dengan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dan Polis Diraja Malaysia (PDRM) susulan penahanan seorang ketua jurulatih sebuah pasukan di Tampin, Negeri Sembilan yang ditahan kerana disyaki mengatur perlawanan LBR, November tahun lalu.

Ketua Pegawai Eksekutif LBR, Azizul Kamar Abdul Rahman berkata, LBR sedia membersihkan elemen negatif ini di samping ingin mengingatkan semua pihak yang terlibat dalam saingan LBR.

“Walaupun LBR dikatakan ‘liga kampung’, namun kami serius membuat pendekatan bagi menangani isu ini demi kebaikan bersama dan maruah bola sepak tempatan.

“Pembentukan Jawatankuasa Integriti FAM-LBR yang terdiri daripada FAM, PDRM dan SPRM diharap dapat meneliti kes yang dilaporkan pihak LBR yang akan dirujuk dan diharap dapat mengurangkan elemen negatif semasa tempoh penganjuran liga berlangsung,” katanya menerusi satu kenyataan pada Ahad memetik sumber laporan Mstar Online.

Sementara itu, Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) memandang serius terhadap penahanan ketua jurulatih terbabit pada Jumaat kerana mengatur perlawanan.

Timbalan Pengerusi Jawatankuasa Rayuan FAM, Sheikh Mohd Nasir Sheikh Mohd Sharif berkata, memandangkan LBR sudah menandatangani memorandum persefahaman (MoU) dengan FAM untuk membanteras isu pengaturan perlawanan dan rasuah bola sepak, jadi perkara ini akan diteliti sebelum mengambil tindakan selanjutnya.

“Saya percaya ianya masih di peringkat siasatan SPRM buat masa ini, jadi jika isu ini telah dibawa sekretariat LBR kepada jawatankuasa disiplin, kemudian barulah kita akan ambil tindakan yang perlu berkaitan kes ini.

“Kami di FAM memang memandang serius dan komited untuk membanteras isu pengaturan perlawanan dan rasuah dalam bola sepak.

“Seperti mana kes lain di FAM, kes ini juga akan dilakukan secara berperingkat yang mana terlebih dahulu ianya akan melalui proses siasatan yang dibuat oleh pihak jabatan undang-undang dan jawatankuasa integriti,” katanya.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");