Isu Panas

Azmin Boleh Jadi PM, Tapi Tak Dipilih: Tun M

CYBERJAYA: Tun Dr Mahathir Mohamad mengakui Menteri Besar Selangor, Mohamed Azmin Ali ialah calon yang berkebolehan untuk menjadi Perdana Menteri jika pembangkang menang pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU-14).

Bagaimanapun, menerusi laporan BH Online, Dr Mahathir berkata, tidak seperti dirinya, Mohamed Azmin tidak dipilih oleh kepimpinan Pakatan Harapan untuk menjadi calon perdana menteri.

“Beliau (Mohamed Azmin) sangat berkebolehan tetapi tidak dipilih, …bukan hanya berkebolehan, anda mesti dipilih.

“Saya tidak tahu sama ada saya berkebolehan tetapi mereka memilih saya,” katanya selepas menjadi panel pada program Bicara Wawasan 2020 di sini, hari ini.

Pengerusi Pakatan Harapan itu berkata demikian ketika ditanya mengapa beliau tidak mencalonkan pemimpin lain seperti Mohamed Azmin untuk menjadi Perdana Menteri jika benar beliau enggan memegang kembali jawatan itu.

Semalam, Dr Mahathir mendakwa beliau tidak mahu menjadi Perdana Menteri jika pakatan pembangkang menang PRU-14, sebaliknya diminta untuk menjawat jawatan itu.

Ditanya mengenai anak mendiang Karpal Singh, Sangeet Kaur Deo yang mempertikaikan pencalonannya sebagai Perdana Menteri, Dr Mahathir berkata, semua orang boleh menyatakan pendapat masing-masing namun beliau menghormati mereka yang menyokong dan mempercayainya.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");