Sukan Hari Ini

BAM Kenal Pasti Bakat Muda Melalui Liga Remaja Kebangsaan

KUALA LUMPUR – Persatuan Badminton Malaysia (BAM) berharap lebih banyak bakat muda dapat dicungkil melalui Liga Remaja Kebangsaan AirAsia BAM, yang dilancarkan secara rasmi pada 15 Julai tahun lepas.

Presiden BAM Datuk Seri Mohamad Norza Zakaria berkata badan induk itu amat gembira melihat sambutan sangat menggalakkan daripada pemain muda terutamanya pelajar sekolah yang menyertai kejohanan sulung badminton remaja itu di peringkat negeri berlangsung dari Oktober hingga Disember tahun lepas.

“Kita mencapai tahap penyertaan luar biasa daripada pemain muda dan pelajar sekolah di seluruh negara, dan kita berharap pemain kelas dunia pada masa depan adalah antara mereka yang menyertai kejohanan itu.

“Terima kasih kepada AirAsia, rakan kongsi utama dan semua pihak berkepentingan kerana kita dapat menyediakan sistem sokongan yang cekap untuk mengembangkan bakat mereka,” katanya dalam kenyataan yang dikeluarkan bagi pihak BAM

Dalam kenyataan yang sama, Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan AirAsia Tan Sri Tony Fernandes berkata syarikat penerbangan tambang murah negara itu gembira menjadi sebahagian daripada saingan liga berkenaan.

“Kita teruja menjadi sebahagian daripada inisiatif ini. AirAsia adalah dengan menjadikan impian suatu kenyataan, dan liga ini tepat bagi mencapai hasrat itu,” katanya.

“Kita mahu pemain muda Malaysia mencapai potensi sebenar mereka dan kita berharap melalui platform itu, kita dapat menyokong aspirasi mereka serta membantu Malaysia diiktiraf kembali sebagai kuasa badminton dunia,” katanya.

Stadium Juara di Bukit Kiara bakal menjadi venue Pusingan Akhir Liga Remaja Kebangsaan 2017 yang akan berlangsung dari 11 hingga 14 Jan ini.

Pemenang setiap kategori akan mendapat penyertaan automatik ke Akademi Badminton Malaysia (ABM)  yang terletak di belakang Stadium Juara.

Juara setiap kategori akan menerima RM20,000, naib juara RM15,000, tempat ketiga RM10,000 dan keempat RM5,000.

Liga badminton berkenaan terbukti satu kejayaan besar di peringkat negeri dengan 242 sekolah menyertai kejohanan berkenaan, terdiri daripada 349 pasukan – 200 pasukan lelaki dan 149 pasukan perempuan, dengan sejumlah 2,930 pemain dari 14 negeri dan juga Wilayah Persekutuan Putrajaya.

— BERNAMA

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");