Berita Hari Ini

Banjir: Jumlah Mangsa Dipindahkan Di Pahang Terus Meningkat

KUANTAN: Hujan lebat yang berterusan menyebabkab jumlah mangsa banjir di empat buah daerah di Pahang terus meningkat kepada 1,565 orang sehingga pukul 6 petang ini dan ditempatkan di 17 pusat pemindahan sementara (PPS) berbanding 1,457 orang tengah hari tadi.

Pengarah Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) Pahang Kol (PA) Zainal Yusof berkata, daerah Kuantan kembali menempatkan mangsa banjir dengan 49 orang ditempatkan di dua PPS iaitu di Dewan Orang Ramai Kampung Seri Damai (29 orang) dan Dewan Orang Ramai Kuala Pahang (20).

“Daerah Pekan masih merekodkan jumlah mangsa yang paling ramai dengan 1,223 orang ditempatkan di 10 buah PPS iaitu Sekolah Kebangsaan (SK) Permatang Keledang sebanyak 322 mangsa, SK Sri Biram (73), SK Sinar Mutiara (375), SK Seri Terentang (46), SK Temai (93).”

“Mangsa turut ditempatkan di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Peramu Jaya (136), Pusat Pemindahan Pulau Manis (75), Balai Raya Kampung Tanjung Pulai (39), Pusat Pemindahan Kampung Lamir (55) dan SK Acheh (sembilan),” katanya, menerusi laporan Bernama, hari ini.

Di Rompin, katanya jumlah mangsa yang dipindahkan turut meningkat daripada daripada 238 mangsa tengah hari tadi kepada 284 orang petang ini dengan satu PPS baharu yang dibuka iaitu Dewan Serbaguna Kampung Pianggu menempatkan 31 orang.

Tiga PPS yang dibuka sebelum ini dibuka di Rompin iaitu SK Tekek, Tioman menempatkan seramai 63 mangsa, Dewan Orang Ramai Leban Chondong (71) dan Balai Raya Setajam (119).

Di Raub, jumlah mangsa yang ditempatkan di Masjid Jamek Kuala Semantan masih kekal sembilan orang.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");