Laporan Eksklusif

Bank Muamalat-MAIK Jalin Kerjasama, Tambah Baik Institusi Wakaf Kelantan

KOTA BAHRU: Bagi melancarkan proses pengutipan dan pengurusan dana wakaf di Kelantan, Majlis Agama Islam dan Adat Melayu Negeri (MAIK) menjalinkan kerjasama dengan Bank Muamalat Malaysia Berhad (Bank Muamalat), menerusi Perjanjian Persefahaman Wakaf Maik Muamalat yang termeterai semalam.

Ketua Pegawai Eksekutif Bank Muamalat, Datuk Mohd Redza Shah Abdul Wahid berkata, inisiatif ini turut mendapat kerjasama lima buah bank Islam lain yang bergabung di bawah Persatuan Perbankan Islam Malaysia (AIBIM) iaitu Affin Bank Berhad; Bank Islam Malaysia Berhad (BIMB); Bank Kerjasama Rakyat Malaysia Berhad (Bank Rakyat); Maybank Islamic Berhad dan RHB Islamic Bank Berhad.?

Ujarnya, kerjasama strategik dalam kutipan dan pengurusan wakaf tunai itu bakal memberi kemudahan kepada pelanggan bank serta orang ramai dalam melaksanakan ibadah wakaf dengan lebih baik.?

“Bank Muamalat akan bekerjasama dengan bank-bank Islam yang terlibat untuk mengutip dana wakaf daripada orang ramai.?

“Dana yang dikutip akan diuruskan oleh Jawatankuasa Pengurusan Bersama (JPB) antara Bank Muamalat dengan Maik yang akan merangka dan melaksanakan aktiviti wakaf terutamanya dalam sektor pendidikan, kesihatan dan pemerkasaan ekonomi termasuk pelaburan yang difikirkan sesuai bagi menjana dana wakaf sedia.?

“Bank Muamalat telah memulakan perkhidmatan wakaf sejak tahun 2012 lagi dan akan menggunakan pengalaman dan kepakaran ini untuk meningkatkan keyakinan masyarakat menyumbang kepada Wakaf Maik Muamalat,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada Majlis Perasmian dan Menandatangani Perjanjian Persefahaman Wakaf Maik Muamalat di Hotel Perdana di sini semalam.

Majlis itu telah disempurnakan oleh Pemangku Raja Kelantan, Dr. Tengku Muhammad Fa-iz Petra.?

Ia turut dihadiri, Pengerusi JBP Wakaf Maik Muamalat, Tengku Tan Sri Mohamad Rizam Tengku Abdul Aziz dan Timbalan Yang Dipertua Maik, Dr Nik Mohd Azlan Abd Hadi.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");