Membawang Hari Ini

Bapa Bazli UNIC Meninggal Dunia

TAKZIAH kepada Bazli Hazwan (UNIC) yang baru sahaja kehilangan bapanya, Che Osman Mat Isa, 63, yang baru sahaja meninggal dunia awal pagi tadi.

Allahyarham menghembuskan nafas terakhir di Hospital Shah Alam akibat penyakit kanser limfoma selepas dimasukkan ke hospital selama sehari.

Menurut Bazli, jenazah bapanya akan dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Kampung Kubu Gajah, sungai Buloh bersebelahan dengan kubur anak lelakinya, Muhammad Syahid.

Bazli sebelum ini telah kehilangan anak lelakinya yang meninggal dunia Jun lalu akibat penyakit yang sama, kanser Limfoma.

-Sinar Harian

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");