Jenayah

Bayi Berusia 4 Hari Ditemui Dalam Beg

MANJUNG: Bayi lelaki ditemui ditinggalkan dalam sebuah beg berhampiran Rumah Anak Yatim Haruman Kasih, Batu 17 Ayer Tawar, di sini hari ini.

Difahamkan, bayi dipercayai berusia empat hari itu ditemui orang awam pada jam 7.06 pagi.

Ketua Polis Daerah Manjung, Asisten Komisioner Muhammad Hanif Othman, berkata pihaknya menerima maklumat awam daripada talian MERS 999 berhubung penemuan bayi lelaki itu.

Katanya, ketika ditemui bayi berkenaan diletakkan di dalam sebuah beg berwarna hitam dan berbalut dengan sehelai tuala.

“Bayi itu kemudian dirujuk kepada Hospital Seri Manjung untuk pemeriksaan lanjut dan keadaannya stabil.

“Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) sudah dimaklumkan untuk bantuan lanjut,” katanya memetik laporan Berita Harian.

Muhammad Hanif berkata, siasatan lanjut diteruskan bagi mengesan suspek yang terbabit dan kes disiasat mengikut Seksyen 317 Kanun Keseksaan.

Katanya, jika orang ramai mempunyai maklumat berkaitan penemuan bayi itu boleh menghubungi pihak Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Manjung di talian 05-6886222 atau Inspektor Suthan di talian 014-9048081.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");