Sukan Hari Ini

Bekas Pemain Kebangsaan, Durahim Jamaluddin Meninggal Dunia

JASIN: Bekas pemain bola sepak kebangsaan, Durahim Jamaluddin meninggal dunia selepas mengadu sakit dada dan sesak nafas, dipercayai diserang sakit jantung, awal pagi tadi.

Durahim, 36, meninggal dunia ketika dalam perjalanan ke Hospital Melaka, kira-kira jam 2.50 pagi memetik sumber Berita Harian.

Allahyarham pernah menyarung jersi kebangsaan pada tahun 2005 dan bermain untuk posisi pertahanan, selain pernah mewakili beberapa pasukan, termasuk Melaka, Pulau Pinang, Terengganu dan Kelab Proton, sebelum menyertai pasukan terakhirnya, Perlis pada 2013.

Allahyarham meninggalkan isteri, Noorfarahliyana Yusoff, 30, dan dua anak, Dhia Isabella, 3, dan Noah Isaac berusia setahun.

Jenazahnya dimandi, dikafan dan disembahyangkan di rumah keluarganya di Kampung Merlimau Barat, di sini, diketuai Imam 1 Masjid Ar-Rahim Merlimau, Mohd Jelani Jaafar dan kemudiannya dikebumikan jam 12 tengah hari tadi di Tanah Perkuburan Islam Pekan Merlimau.

Yang turut hadir memberi penghormatan terakhir adalah Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Merlimau, Datuk Roslan Ahmad, ahli keluarga serta sahabat handai Allahyarham.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");