Berita Hari Ini

Belajar Lupus Al-Quran Lama

TAMPIN – Dalam memastikan kesucian al-Quran terus terpelihara, Unit Pendidikan Islam Maktab Rendah Sains Mara (MRSM) Gemencheh menganjurkan program Kaedah Pelupusan Teks atau bahan al-Quran mengikut syarak di sekolah berkenaan, di sini.

Guru Kanan Pendidikan Islam MRSM Gemencheh, Ustaz Firdaus Nasir berkata, program itu bagi mendedahkan kepada masyarakat terutamanya pelajar mengenai kaedah melupuskan bahan yang mempunyai kalimah al-Quran dengan betul.

Menurutnya, program dianjurkan secara bersama dengan Gabungan Pelajar Melayu Semenanjung (GPMS) Negeri Sembilan itu dipantau sepenuhnya Pegawai Agama Islam Daerah (Paid) Tampin, Ustaz Muhyidin Aziz @ Saari.

“Mana-mana al-Quran dan buku mengandungi ayat suci yang tidak boleh digunakan lagi sama ada disebabkan rosak, basah, dimakan anai-anai perlu dilupuskan ikut syariat yang ditetapkan. Bukannya dilupuskan sendiri sesuka hati.

“Oleh itu, kita harap agar ilmu yang disampaikan dalam program ini kepada pelajar dapat difahami, seterusnya mereka akan menyebarkan ilmu ini kepada keluarga masing-masing dan masyarakat setempat,” katanya kepada Sinar Harian sempena program berkenaan.

Turut hadir, Pengetua MRSM Gemencheh, Maznan Maamor.

Firdaus berkata, program berkenaan juga adalah sebahagian usaha sekolah dalam mendidik dan memberi kesedaran kepada orang Islam kepentingan melupuskan al-Quran dengan betul.-Sinar

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");