Perak Hari Ini

Bercinta Guna WeChat, Wanita Rugi RM40,000 Dan Diugut Sebar Gambar Bogel

IPOH:Perkenalan melalui aplikasi WeChat menjerat kehidupan seorang wanita yang mengalami kerugian RM40,000 serta diugut oleh bekas teman lelakinya untuk menyebarkan gambar bogel wanita terbabit.

Gambar terbabit telah diberikan wanita yang berusia awal 20an itu kepada bekas teman lelakinya ketika mereka masih menjalinkan hubungan pada September 2017 yang lalu.

Menurut Pengarah Biro Pengaduan Awam DAP, Steven Chaw wanita yang dikenali sebagai Amy mula berkenalan dengan seorang lelaki yang dipercayai warganegara Amerika pada September 2017 yang lalu dan dalam tempoh tiga bulan perkenalan lelaki tersebut telah minta Amy memasukkan wang kepadanya dengan pelbagai alasan serta janji manis.

“Pada November 2017, lelaki tersebut mula meminta Amy memberikannya wang yang diberi secara ansuran sebanyak RM15,000 malah telah meminta wanita ini menyerahkan gambar bogel serta rakaman panggilan video kepadanya,” katanya dalam satu sidang media tersebut.

Katanya, selepas memperolehi gambar dan rakaman tersebut  lelaki itu mula menggugut Amy untuk menyebarkan gambar tersebut sekiranya enggan menyerahkan wang yang diminta.

Jelas Steven, penipuan kali ini menggunakan taktik yang baru dan berbeza apabila mangsa telah dihubungi oleh bekas teman lelakinya yang mengatakan dia terkandas dan ditahan oleh Imigresen di lapangan terbang KLIA kerana membawa sejumlah wang tunai yang banyak dan meminta mangsa memasukkan sejumlah wang sebanyak RM3,500 untuk membebaskannya.

“Bagaimanapun mangsa telah pergi ke KLIA dan mendapati perkara itu tidak berlaku, dan telah membuat dua laporan Polis setelah menyedari dia telah ditipu,”katanya.

Mangsa katanya tambah khuatir gambar bogel dan rakaman tersebut akan tersebar ke media sosial.

Berikutan itu pihaknya menggesa pihak Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) dan Polis memberi perhatian khusus bagi menyiasat kes sebegini yang kerap berulang termasuk bekerjasama dengan pihak bank berkaitan akaun bank milik sindiket ini yang berleluasa menjalankan penipuan.

“Pihak Biro telah menghubungi pihak SKMM mengenai laporan ini dan melalui pegawai yang dihubungi kes ini sedang dalam siasatan dan pihaknya akan memberikan maklum balas bertulis dalam tempoh 15 hingga 22 hari waktu bekerja,” katanya.

Terdahulu jelas Steven sepanjang tahun 2017, sebanyak 11 kes dilaporkan kepada pihaknya berkaitan dengan sindiket penipuan melibatkan jumlah kerugian sebanyak RM25,000.

Orang ramai disaran supaya lebih berhati-hati dan mengambil tahu mengenai keadaan yang berlaku melalui pendedahan media selain pemantauan berterusan oleh ibu bapa terhadap anak-anak mereka yang bebas menggunakan pelbagai aplikasi internet.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");