Isu Panas

Biar Polis Siasat Pengundi Meragukan di Wangsa Maju – SPR

KUALA LUMPUR: Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menyerahkan kepada polis untuk menjalankan siasatan dan mengambil tindakan lanjut terhadap dakwaan pendaftaran pengundi yang meragukan di Parlimen Wangsa Maju.

Pengerusi SPR, Tan Sri Mohd Hashim Abdullah, berkata ini kerana kes itu membabitkan kesalahan jenayah di bawah Kanun Keseksaan dan Akta Pendaftaran Negara 1959 (Akta 78) serta peraturan-peraturan di bawahnya.

“SPR bersedia memberikan kerjasama sepenuhnya kepada polis dalam menjalankan siasatan berhubung kes ini sekiranya diperlukan,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Mohd Hashim turut mengesahkan pihaknya ada menerima surat daripada Ibu Pejabat Polis Daerah Wangsa Maju pada 17 Januari lepas berkaitan satu laporan polis mengenai pengundi baharu yang didakwa memberi maklumat diri meragukan kepada SPR dan Jabatan Pendaftaran Negara.

Katanya, laporan itu dibuat oleh seorang individu yang mewakili sebuah parti politik di Bahagian Parlimen Wangsa Maju.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");