Isu Panas

BN Janji Beri Pendidikan Percuma Sekolah Agama

TANJONG KARANG – BN Selangor menjanjikan pendidikan percuma untuk semua murid sekolah agama di bawah pentadbiran kerajaan negeri sekiranya menang dalam pilihanraya akan datang.

Pengerusinya, Tan Sri Noh Omar menjelaskan, pendidikan percuma untuk sekolah agama itu wajar dilaksanakan memandangkan ketika ini ibu bapa merungut bayaran yuran yang dikenakan tinggi dan membebankan.

“Saya janji, jika BN menang besar dan berjaya menawan semula Selangor, kita akan beri pendidikan percuma untuk sekolah agama bahkan beri perhatian dari segi prasarana bangunan dan kemudahan lain.

“Saya cukup hairan, Pakatan Harapan bangga dengan simpanan rizab berbilion ringgit tapi kebajikan sekolah agama ni satu pun tak dibantu sedangkan di bawah kuasa kerajaan negeri,” katanya memetik laporan Sinar Harian.

Beliau mengulas isu kenaikan yuran sekolah agama selepas Program Walkabout Kampung Parit 4 bersama pimpinan Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung Persekutuan (JKKP) Parit 4, petang tadi.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");