Isu Panas

BN Komited Laksana IBR

KUALA LUMPUR – BN komited dalam melaksanakan Ikrar Bebas Rasuah (IBR) khas sempena PRU14 seperti mana yang dicadangkan oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).

Presiden Umno, Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, BN mengambil pendekatan menghantar senarai nama calon yang akan bertanding pada PRU14 bagi memastikan sistem PRU14 berjalan dengan bersih dan adil.

“Kita memang komited dalam perkara ini. Bahkan semua jabatan kementerian dan agensi kerajaan juga telah laksananya,” katanya.

Sebelum ini SPRM tidak menolak kemungkinan melaksanakan IBR khas sempena PRU14.

Ketua Pesuruhjayanya, Tan Sri Dzulkifli Ahmad, berkata pihaknya bersedia memberikan kerjasama sekiranya parti politik bertanding memohon untuk melaksanakan IBR.-Sinar

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");