Berita Hari Ini

BN Yakin Pertahan Parlimen Kinabatangan

KINABATANGAN: BN Kinabatangan yakin mampu mempertahankan kerusi Parlimen Kinabatangan dan dua Dun Sukau dan Kuamut pada pilihan raya akan datang.

Pengerusi BN Kinabatangan, Datuk Seri Bung Moktar Radin berkata, ini berdasarkan solidariti kalangan parti komponen yang jitu di kawasan itu.

Beliau berkata, solidariti itu hasil perpaduan dan saling memahami antara parti komponen BN Kinabatangan membabitkan Umno, Parti Bersatu Sabah dan Pertubuhan Pasokmomogun Kadazandusun Murut Bersatu (UPKO).

“Solidariti ini penting bukan sahaja semasa pilihan raya tapi selepas itu juga. Kita akan sentiasa bergabung antara satu sama lain,” katanya kepada pemberita selepas melancarkan Simposium Solidariti dan Gerak Gempur Pemuda BN Kinabatangan di Kampung Suan Lamba dekat sini, semalam.

Hadir sama Ketua Pemuda BN Kinabatangan yang juga Ketua Pemuda Umno Kinabatangan Aksyah Nasrah.

– Bernama

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");