Perak Hari Ini

Bukan Kali Pertama Akmal Bertanding Di Selama

IPOH:”Akmal Kamaruddin, yang merupakan Exco Pemuda PAS pusat, juga Ketua Pemuda PAS negeri bukannya calon baru yang mencuba nasib bertanding di Selama,” kata Adun Selama, Datuk Muhammad Daud Mohd Yusoff.

Jelas Daud, Akmal sebelum ini pernah bertanding pada Pilihan Raya Umum ke-13 yang lalu dan khabar angin mengatakan menantu Presiden PAS itu akan diletakkan di kawasan Selama/Larut seperti digembar-gemburkan kini bukannya satu perkara yang baru.

Malah jelasnya, Barisan Nasional (BN) di Selama sentiasa mempunyai kelebihan tersendiri di kawasan tersebut dan ia terbukti melalui kemenangan besar pada PRU yang lalu.

“Bagi saya BN mempuyai kelebihan kerana pernah menghadapi waktu kritikal pada tahun 2013, namun kita memang boleh dikatakan majoriti 100 peratus.

“Sememangnya Akmal mempunyai pelbagai kelebihan termasuk jentera dan sokongan yang baik namun ia sedikit pun tidak menjejaskan kekuatan BN,” katanya kepada Peraktoday hari ini.

Malah jelasnya, BN sentiasa bersedia menghadapi siapa sahaja calon yang akan tampil bertanding di kawasan Selama.

“BN sentiasa mempunyai kelebihan dan sebelum ini juga kita telah berhadapan dengan calon PAS, jadi tiada masalah di situ,” katanya.

Menyifatkan hubungan Pas yang dilihat mesra, jelas Daud sebarang keputusan berhadapan dengan parti itu adalah lebih baik diputuskan oleh pucuk pimpinan tertinggi iaitu Pengerusi BN.

“Sebarang strategi untuk menghadapi Pas termasuk pemilihan calon kita serahkan kepada pucuk pimpinan iaitu Pengerusi BN kelak,” katanya.

Mengulas persiapan Pilihan Raya Umum ke-14 yang akan datang katanya jentera BN di Selama pastinya telah menjalankan persiapan dengan baik seperti yang diharapkan.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");