Perak Hari Ini

Bulatan Amanjaya Sentiasa Meriah

IPOH: Nama Bulatan Amanjaya yang terletak di Meru bukanlah sesuatu yang asing bagi warga Perak, khususnya yang tinggal di Ipoh dan sekitarnya.

Mempunyai keluasan 7.3 hektar, kawasan yang dibangunkan Perbadanan Kemajuan Negeri Perak (PKNP) ini cukup untuk dinobatkan sebagai bulatan yang terbesar di negeri ini.

Bulatan Amanjaya juga merupakan antara lokasi pilihan buat masyarakat setempat meluangkan masa bersama keluarga mahupun rakan-rakan.

Hasil tinjuan PerakToday, walaupun berada bukan pada hari minggu, ia tetap dikunjungi orang ramai.

Antara yang menjadi tarikan utama di sini ialah terdapatnya kolam permainan air untuk kanak-kanak bermandi-manda.

Mempunyai kedalaman 0.6 meter ianya sangat sesuai untuk ibu bapa yang mahu meluangkan masa dengan anak mereka di sini, setelah penat membanting tulang di siang hari.

Ia juga berdekatan dengan kemudahan tandas awam yang sangat kondusif dan bersih.

Pada Isnin hingga Jumaat, kolam ini akan dibuka pada jam 4.00 petang sehingga 10.00 malam.

Manakala untuk hari Sabtu dan Ahad, ia akan dibuka pada jam 10.00 pagi sehingga 12.00 tengah hari dan kemudiannya akan dibuka semula pada jam 4.00 petang sehingga 10.00 malam.

Selain itu, kawasan ini juga turut menjadi pilihan warga setempat untuk melakukan aktiviti riadah secara sihat.

Kelihatan beberapa pengunjung yang berjogging di sekeliling Bulatan Amanjaya ini.

Pada masa sama, terdapat beberapa anak-anak muda yang menggunakan kemudahan gelanggang luncur untuk melakukan aktiviti dengan papan selaju mereka.

Tidak ketinggalan, kerana terdapat banyak kawasan lapang, beberapa kumpulan belia turut mengambil peluang untuk melakukan aktiviti sihat masing-masing di sini.

Dalam pada itu, antara tarikan utama di Bulatan Amanajaya ini ialah terdapatnya peniaga-peniaga yang menyediakan perkhidmatan menyewa basikal, basikal eletrik, kereta eletrik, skuter eletrik, papan roda dan juga kasut roda.

Harga sewaan boleh didapati sekitar RM10 ke RM20.

Selain itu, kawasan ini yang mempunyai 386 petak parkir untuk kereta, 40 untuk motosikal dan dua untuk bas cukup memberi keselesaan kepada pengunjung untuk ke sini.

Dibuka 24 jam, pengunjung tidak perlu risau akan tahap keselamatan di sini kerana Bulatan Amanjaya ini dilengkapi dengan beberapa pengawal keselamatan yang bertugas siang dan malam selain dilengkapi dengan 22 unit kamera litar tertutup (CCTV).

Jika dahulu, terdapat suara-suara sumbang yang mengkritik usaha kerajaan negeri yang mahu membangunkan kawasan Meru ini namun kini ianya tidak kedengaran.

Meru kini cukup pesat membangun dengan beberapa projek mega seperti Taman Tema Animasi MAPS dan juga kian rancak dengan pelbagai aktiviti ekonomi penduduk sentempat menerusi perniagaan butik dan perusahaan makanan dan minuman.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");