Jenayah

Buruh Terselamat Hati Tercucuk Batang Besi

MUMBAI: ‘Berpantang maut sebelum ajal’. Begitulah keadaannya yang dialami oleh seorang buruh ketika bekerja di sebuah kawasan pembinaan di sini setelah dua batang besi berukuran 1.5 meter me­nembusi badannya, salah satunya mengenai hatinya.

Ketika kejadian berlaku, Rajendra Pal, 21, bekerja di bahagian bumbung sebuah bangunan dan secara tiba-tiba dia tergelincir sebelum terjatuh di atas cerucuk besi.

Sebatang besi tertusuk hanya beberapa sentimeter daripada jantungnya manakala sebatang lagi te­rus menembusi hatinya.

Memetik laporan Utusan Online, Rajendra dikejarkan ke hospital dan menjalani pembedahan selama tiga jam untuk mengeluarkan besi berkenaan.

Kata seorang saudaranya, mangsa yang berasal dari Bengal Barat baharu sahaja tiba di Mumbai dua hari sebelum kejadian.

Penyelia kawasan pembinaan iut, Ravindra Naidu berkata, kejadian itu berlaku di Nariman Point dekat bangunan Free Press.

“Seorang pekerja memberitahu saya tentang kemalangan itu dan polis tiba sebaik sahaja dihubungi. Dua batang besi menembusi dada dan perutnya,’’ katanya yang dilaporkan portal Daily Mail.

Namun kata Naidu, mangsa masih sedar dan mampu bercakap malah tidak merasa sebarang kesakitan.

“Doktor sendiri terkejut melihat keadaan mangsa semasa dimasukkan ke hospital tetapi berjaya menyelamatkannya. Dia masih hidup kerana semangat yang kuat,’’ katanya.

Dr. Jitendra Sankpal berkata, Rajendra bernasib baik batang besi tidak menyebabkan kebocoran pada paru-paru dan organ pen­ting lain.

“Pembedahan yang dilakukan amat sukar. Batang besi yang pertama berjaya dikeluarkan dari dadanya hampir mengenai jantung,’’ katanya.

Menurut beliau, semua organ penting dalam tubuh mangsa adalah normal dan dia kini beransur sihat.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");