Sukan Hari Ini

Cavani Pecah Rekod Jaringan PSG

PARIS: Edinson Cavani memadam rekod Zlatan Ibrahimovic selaku penjaring terbanyak Paris Saint-Germain (PSG), apabila meledak gol ke-157 untuk kelab itu ketika aksi menentang Montpellier, malam tadi.

Penyerang Uruguay itu menyamakan pencapaian legenda Sweden berkenaan apabila menjaringkan gol ke-156 pada 10 hari lalu, sebelum menyambar hantaran Adrien Rabiot pada minit ke-11 dalam aksi di Parc des Princes.

Ketika tamat babak pertama, PSG mendahului lawan 2-0.

Menurut laporan BH Online, Cavani meraikan rekod baharu dengan membaling jersi ke arah penyokong, sebelum dilayangkan kad kuning ketika bersalaman dengan pengadil dan mengambil jersi baharu di tempat pemain simpanan.

Jaringan itu adalah yang ke-27 buat penyerang berusia 30 tahun ini untuk pendahulu Ligue 1 (PSG), dalam semua perlawanan pada musim ini.

Kini, Cavani berjaya merekodkan 157 gol dalam 227 perlawanan sejak berpindah dari Napoli pada 2013, manakala Ibrahimovic meledak 156 gol dalam 180 aksi sepanjang empat musim di Paris sebelum berhijrah ke Manchester United pada 2016.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");