Berita Hari Ini

Cikgu Berpakaian Spiderman Tarik Minat Murid Ke Sekolah

PONTIAN: Cikgu Syafiq yang merupakan guru Bahasa Inggeris, kelihatan cukup ramah menyambut kedatangan murid- murid seawal jam 7.00 pagi.

“Cikgu Spiderman” itulah jolokan nama diberikan murid-murid Sekolah Kebangsaan (SK) Rambah kepada Syafiq Md Yusof, 30 yang mengenakan kostum adiwira pada hari pertama sesi persekolahan hari ini.

Menurut beliau, langkah mengenakan kostum adiwira dilihat mampu menarik minat murid ke sekolah agar mereka tidak merasa gemantar atau takut.

Cikgu Syafiq berkata pelajar-pelajarnya cukup gembira melihat cikgu itu memakai kostum adiwira itu.

“Sewaktu saya berdiri di luar pintu sekolah, ada di kalangan ibu bapa dan penduduk setempat di sini mengambil gambar bersama ‘Spiderman’,” katanya.

“Saya sudah ada lapan kostum adiwira antaranya Power Rangers, Star Wars, Ultraman, Pikachu dan Pokemon,” katanya.

Dalam pada itu, Guru Besar SK Rambah, Tusinah Hashim berkata, dia merasa bangga dengan apa yang dilakukan Cikgu Syafiq kerana menampilkan sesuatu yang berbeza untuk menarik minat murid terutama 28 orang murid tahun 1 untuk datang ke sekolah.

Katanya, idea untuk mengenakan kostum telah disuarakan sendiri oleh Cikgu Syafiq pada mesyuarat terakhir 2017 yang diadakan bulan Disember lalu.

“Dia mempunyai inisiatifnya sendiri untuk memberikan sesuatu kenangan manis kepada murid-murid pada hari pertama sesi perkolahan.

“Saya sangat bersyukur dan gembira kerana mempunyai guru yang kreatif seperti Cikgu Syafiq,” katanya.

– SINAR HARIAN

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");