Jenayah

Cikgu Sebat Murid Diberhentikan Kerja

IPOH – Seorang guru taska di Bercham, di sini diberhentikan kerja oleh pengusaha pusat asuhan itu selepas bertindak merotan seorang daripada kanak-kanak hingga mendatangkan kecederaan dalam satu kejadian, Rabu lalu.

Guru wanita berusia 32 tahun itu dikatakan bertindak merotan tangan kanan kanak-kanak perempuan berusia tiga tahun terbabit menyebabkan ada kesan lebam dan lecur.

Ketua Polis Daerah Ipoh, Asisten Komisioner Mohd Ali Tamby berkata, polis menerima laporan berhubung kejadian itu daripada ibu mangsa, semalam.

Menurutnya, daripada pemeriksaan perubatan dibuat, terdapat luka pada tangan kanak-kanak itu akibat kesan rotan dan mula dijangkiti kuman.

“Pemilik dan penyelia taska terbabit telah datang memberi keterangan dan hasil siasatan awal, guru wanita itu mengaku merotan mangsa di tangan kanan.

“Pemilik taska bagaimanapun memaklumkan guru terbabit telah diberhentikan kerja kerana khuatir kejadian sama berulang,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini lapor Sinar Harian.

Beliau berkata, guru berkenaan telah membuat permohonan maaf kepada keluarga mangsa dan siasatan lanjut akan dilakukan dibawah Akta kanak-kanak 2001.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");