Membawang Hari Ini

“Comelnya Ayoh!” – Makeover Bapa Emma Maembong Jadi Perhatian Netizen

Tindakan pelakon drama bersiri Awak Suka Saya Tak, Emma Maembong memuat naik video sesi ‘makeover’ bapanya, Ismail Embong di laman Instagram menarik perhatian netizen.

Dalam sedutan video berdurasi 58 saat itu, rambut bapa Emma yang mesra dipanggil Ayoh digunting kemas serta janggut serta jambangnya turut dirapikan.

“Misi handsome kan ayoh. Thank you so much @shorteabarbershop handsome kan ayoh saya,” tulis Emma.

Usaha Emma mendapat pujian pengikut laman Instagram dan ramai pihak menyifatkan tindakan Emma itu sebagai satu perkara yang sangat ‘sweet’.

Peminat turut memuji gelagat bapa Emma yang sangat comel dalam video tersebut.

“@modesty_byfarasy: Comel lah ayoh Emma.”

“@nurulissajo30: Kemah keming. Steady lah ayoh.”

“@misbanormawati: Bab ni Emma sweet sangat.”

“@iilyanaaaa: Kasih yang tak terperi. I love you Kak Emma. Seriously.”

“@saifzarakhan: Suka tengok Emma layan ayoh dia.”

Untuk sesi tersebut, Emma membawa bapanya ke kedai gunting rambut milik pelakon Mustaqim Bahadon, Shortea Barbershop yang terletak di Wangsa Maju.-Rotikaya

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");