Jenayah

Cubaan Larikan RM100,000 Gagal

SUBANG JAYA – Cubaan dua lelaki membawa lari wang tunai RM100,000 dari sebuah van syarikat keselamatan terbantut apabila cermin kenderaan itu gagal ditembusi selepas diketuk berulang kali.

Ketua Polis Daerah Subang Jaya, Asisten Komisioner Mohammad Azlin Sadari berkata, dalam kejadian kira-kira jam 11.30 pagi, pekerja syarikat keselamatan itu bersama dua lagi rakannya menaiki van tersebut dari Bukit Puchong menghala ke Meranti Jaya.

Menurutnya, sebaik tiba di bawah jejambat Bukit Puchong sebuah kereta Perodua Myvi dipandu dua lelaki melanggar bahagian belakang van menyebabkan mangsa berhenti di tepi jalan untuk berbincang memetik sumber laporan Sinar Harian.

“Suspek tidak puas hati mangsa memberitahu akan pergi ke balai untuk membuat laporan namun sebaik tiba di lampu isyarat suspek mengejar dah terus melanggar van tersebut.

“Suspek guna tukul besi ketuk cermin depan dan cermin sisi van sehingga pecah namun melarikan diri apabila gagal tembus masuk ke dalam van. Tiada kerugian dialami dalam kejadian itu,”katanya bagaimanapun van berkenaan mengalami kerosakan akibat diketuk dengan tukul.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");