Sukan Hari Ini

Danial Amier Tidak Mahu Hanyut Dengan Populariti

PENJARING tunggal ketika skuad bawah 23 tahun (B-23) negara melakar kejutan menewaskan Arab Saudi 1-0 pada Kejuaraan Konfederasi Bola Sepak Asia (AFC) B-23 tempoh hari, Muhammad Danial Amier Norhisham tidak mahu hanyut dengan populariti sebaliknya ingin berusaha keras mendapatkan tempat dalam kesebelasan utama Felda United.

Sebagaimana dilaporkan Sinar Online, beliau yang bakal menjangkau usia 21 tahun pada 27 Mac depan, tidak menyangka namanya terus ‘naik’ sebaik berjaya membantu pasukan kebangsaan mencatat kemenangan ke atas Arab Saudi dan tidak mahu leka dibuai kenangan indah itu.

“Saya memang tidak jangka perkara ini akan terjadi. Sebelum ini tidak ada siapa pun yang mengenali Danial Amier. Tapi syukur, selepas kejohanan ini, nama saya semakin melonjak naik.

“Bukan nak cakap saya mahu kejar populariti tetapi perkara itu bagus untuk perkembangan karier saya,” kata pemain yang pernah mendapat tawaran untuk beraksi di Australia bersama kelab Dunbar Rovers FC, namun terpaksa melupakan hasrat itu ekoran masalah visa.

Danial Amier berkata, liputan media yang sering menonjolkan namanya merupakan satu motivasi yang baik untuk beliau pergi lebih jauh dalam arena bola sepak.

“Saya anggap ia satu motivasi untuk menaikkan semangat supaya berusaha lebih gigih lagi pada masa akan datang,” kata anak jati Kuala Lumpur itu.

Bagi saingan Liga Malaysia (Liga-M) 2018, Danial Amier akan terus bersama Felda United memandangkan masih terikat dengan kontrak bersama pasukan itu sehingga 2019.

Ditanya sama ada berasa tercabar berikutan kebanyakan rakannya dalam skuad B-23 akan beraksi di Liga Super manakala beliau akan beraksi bersama The Fighters dalam Liga Premier, Danial Amier tenang menjawab bahawa segalanya terletak pada prestasi sendiri.

“Bagi saya, itu tidak jadi halangan untuk saya beraksi cemerlang dan menunjukkan kebolehan saya. Beraksi di Liga Super atau Liga Premier sekali pun, yang penting prestasi perlu berada pada tahap terbaik dan konsisten,” katanya.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");