Isu Panas

DAP, PAN, PPBM Selangor Sokong Perisytiharan Konvensyen

SHAH ALAM: Tiga parti komponen Pakatan Harapan di Selangor menyokong pemilihan Tun Dr Mahathir Mohamed sebagai perdana menteri jika mereka menang Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU-14) nanti.

Pengerusi PAN Selangor, Izham Hashim; Pengerusi DAP Selangor, Tony Pua dan Pengerusi PPBM Selangor, Datuk Abdul Rashid Asari, dalam satu kenyataan bersama, berkata mereka juga menyokong keputusan meletakkan Presiden Pakatan Harapan, Datin Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail sebagai timbalan perdana menteri.

Selain itu, mereka turut menyokong langkah untuk pembebasan dan pengampunan Datuk Seri Anwar Ibrahim agar beliau layak sebagai calon Perdana Menteri Malaysia kelapan.

Mereka juga bersetuju dengan pengagihan kerusi parlimen bagi Semenanjung untuk Parti Keadilan Rakyat (PKR), DAP, Parti Amanah Negara (PAN) dan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM).-BH

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");