Sukan Hari Ini

Dollah Buru Dua Import

KUANTAN: Pahang masih berusaha mendapatkan dua lagi import untuk melengkapkan kuota lima pemain bagi mengharungi saingan Liga Malaysia musim ini.

Setakat ini, tiga pemain import sudah mengesahkan tempat dalam skuad berkenaan iaitu Mohamadou Sumareh dari Gambia, Safuwan Baharudin (Singapura) dan Chan Vathanaka (Kemboja).

Jurulatih Tok Gajah, Dollah Salleh berkata, dua kuota pemain import itu, masing-masing di posisi serangan dan pertahanan adalah menjadi keutamaan skuad ketika ini.

Justeru, beliau berharap perkara itu dapat diselesaikan sepanjang tempoh dua minggu sebelum aksi Liga Super bermula pada 4 Februari ini.

“Sebenarnya, saya sudah mempunyai beberapa calon pemain import tetapi perlu berbincang dengan pihak pengurusan sebelum menyenaraikan mereka.

“Bagaimanapun, kami perlu lebih berhati-hati dalam membuat keputusan kerana mahu mengelak daripada tersalah memilih pemain,” katanya.

Mengulas mengenai penyerang Sweden, Philip Hellquist yang diuji pada pramusim di Bangkok, Thailand dan kejohanan Piala Menteri Besar Terengganu baru-baru ini, Dollah mengesahkan beliau tidak mengambil pemain itu.

Katanya, walaupun Hellquist turut muncul penjaring, kualiti yang dimiliki pemain itu tidak memenuhi kehendak pasukan.

“Saya tidak nafikan bahawa Hellquist adalah pemain yang bagus dan bermain dalam enam perlawanan. Tapi, dia bukan pemain yang kami cari,” katanya.

Musim lalu, skuad Tok Gajah menyandarkan harapan kepada Mattheus Alves di bahagian serangan sekali gus muncul penjaring kedua terbanyak Liga Super.

Namun, Alves serta seorang lagi pemain import, Yamil Romero membuat keputusan untuk tidak bersama Pahang musim ini.-BH

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");