Jenayah

Duda Didakwa Bunuh Penjual Ikan

TANJUNG MALIM: Seorang duda anak empat didakwa di Mahkamah Majistret di sini pagi tadi, atas tuduhan membunuh seorang penjual ikan di Slim River, dekat sini, bulan lalu.

Menurut laporan BH Online, Zulkafli Abdullah, 47, didakwa membunuh Roslli Zulkharnain Kamaruddin, 30, di hadapan sebuah rumah di Taman Slim Permai pada jam 2.30 pagi, 8 Januari lalu.

Mangsa meninggal dunia ketika mendapatkan rawatan di Hospital Slim River akibat kecederaan parah selepas ditikam di perut menggunakan pisau.

Tertuduh mengangguk tanda faham ketika pertuduhan dibacakan terhadapnya di hadapan Majistret Intan Nurul Farena Zainal Abidin.

Tiada pengakuan direkodkan daripada tertuduh yang didakwa mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman gantung sampai mati jika sabit kesalahan.

Mahkamah menetapkan 16 Februari untuk sebutan semula kes di Mahkamah Slim River, termasuk bagi membolehkan tertuduh melantik peguam.

Pertuduhan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya, Aza Fyreen Abdul Aziz, manakala tertuduh tidak diwakili peguam.

Terdahulu, tertuduh berpakaian lokap dan dibawa anggota polis tiba di perkarangan mahkamah pada jam 9 pagi.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");