Sukan Hari Ini

Durakovic Yakin Perak Mampu Pamer Kehebatan

PENGENDALI Perak, Mehmet Durakovic, kini lebih yakin dan bersemangat dengan prestasi anak buahnya menjelang aksi sebenar Liga Super, bulan depan.

Berdasarkan perlawanan pra-musim yang diadakan baru-baru ini, skuad The Bos Gaurus (TBG) ini berada di landasan terbaik untuk mencipta sejarah.

“Saya sangat gembira dengan pasukan. Kami mengadakan empat  perlawanan pra-musim dan menang kesemuanya. Ini memperlihatkan pemain semakin serasi antara satu sama lain,” katanya.

Namun, beliau sedar perlawanan awal Liga Super tidak mudah kerana TBG akan bertemu Kedah dan Pahang di tempat lawan.

“Perak akan bermain tiga perlawanan di tempat lawan dalam masa tujuh hari. Oleh itu, kami kena rancang dengan teliti dan berharap kem Perak bebas daripada kecederaan,” katanya, menerusi laporan Stadium Astro, hari ini.

Mengenai pemain import baru Perak, Durakovic yakin masa akan terus mematangkan mereka dalam kancah Liga Malaysia.

“Perlahan-lahan dan sudah semestinya tidak mudah bagi pemain ini. Dengan persekitaran, budaya serta sistem yang baru, mesti ambil masa sedikit.

“Tetapi, berdasarkan pengamatan saya, mereka akan menyinar,” ujarnya.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");